Penubuhan Kosiswa UiTM Machang Berhad


SEJARAH KOSISWA 

KOPERASI SISWA UITM MACHANG BHD atau lebih dikenali sebagai KOSISWA merupakan satu badan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP) UiTM Machang. KOSISWA juga adalah salah satu kelab yang dikelolai oleh Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM.

Koperasi merupakan satu badan yang diperuntukkan di bawah Akta Koperasi 1993. Setiap daripada anggota yang berdaftar akan terikat dengan Undang-undang Kecil Koperasi.

Koperasi Kosiswa Uitm Machang Bhd yang juga dikenali sebagai KOSISWA oleh para pelajar telah ditubuhkan di dalam kampus UiTM Cawangan Kelantan oleh mantan pengerusi iaitu Mohd Azabul Kalam Mohd Zain pada tahun 2012. Koperasi ini ditubuhkan hasil daripada gabungan pelajar yang mana ingin bergiat aktif di dalam bidang keusahawanan.

Pengasas KOSISWA UiTM Machang (Mohd Azabul Kalam Mohd Zain)

Sepanjang penubuhan KOSISWA, pelbagai program telah dijalankan, antaranya ialah kursus-kursus berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Selaras dengan prinsip koperasi, kami iaitu memberi ilmu perniagaan kepada setiap anggota yang mana terdiri daripada kalangan pelajar sendiri dan akan cuba membantu pelajar dalam mendapatkan servis yang diperlukan oleh mereka. 


VISI

Menjadikan koperasi siswa sebagai platform untuk pelajar yang berkecimpung dalam dunia keusahawanan

MISI

Kearah membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa/wi UiTM Kelantan

OBJEKTIF

I. Memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan Mahasiswa/wi  UiTM Kelantan
II. Menjadikan KOSISWA sebagai  platform untuk Mahasiswa/wi UiTM Kelantan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan
III. Memberikan peluang kepada Mahasiswa menimba pengalaman untuk berorganisasi
IV. Membina Jaringan di antara  SKM & pihak Institusi Pendidikan Tinggi (UiTM Kelantan)
V. Melahirkan Mahasiswa/wi yang berdaya saing, berani mengambil risiko, berdisiplin & mempunyai komitmen apabila terlibat dengan KOSISWA
VI. Mencungkil bakat-bakat kepimpinan & kreativiti yang sedia ada di dalam diri Mahasiswa/wi UiTM Kelantan


PRINSIP/MOTTO


“A STEP TO THE NEW BUSINESS WORLD”