SEJARAH KOSISWA
KOPERASI SISWA UITM MACHANG BHD atau lebih dikenali
sebagai KOSISWA merupakan satu badan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya
Koperasi Malaysia, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA), dan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP) UiTM Machang. KOSISWA juga adalah
salah satu kelab yang dikelolai oleh Malaysian Academy of SME &
Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM.
Koperasi
merupakan satu badan yang diperuntukkan di bawah Akta Koperasi 1993. Setiap
daripada anggota yang berdaftar akan terikat dengan Undang-undang Kecil
Koperasi.
Koperasi
Kosiswa Uitm Machang Bhd yang juga dikenali sebagai KOSISWA oleh para pelajar
telah ditubuhkan di dalam kampus UiTM Cawangan Kelantan oleh mantan pengerusi
iaitu Mohd Azabul Kalam Mohd Zain pada tahun 2012. Koperasi ini ditubuhkan hasil daripada gabungan pelajar yang mana ingin bergiat aktif di dalam bidang keusahawanan.
Sepanjang
penubuhan KOSISWA, pelbagai program telah dijalankan, antaranya ialah
kursus-kursus berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Selaras dengan prinsip
koperasi, kami iaitu memberi ilmu perniagaan kepada setiap anggota yang mana
terdiri daripada kalangan pelajar sendiri dan akan cuba membantu pelajar dalam
mendapatkan servis yang diperlukan oleh mereka.
VISI
Menjadikan koperasi siswa sebagai platform untuk pelajar yang berkecimpung dalam dunia keusahawanan
MISI
Kearah membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa/wi UiTM Kelantan
I. Memupuk budaya keusahawanan dalam
kalangan Mahasiswa/wi UiTM Kelantan
II. Menjadikan KOSISWA sebagai platform untuk Mahasiswa/wi UiTM Kelantan
berjinak-jinak dalam dunia perniagaan
III. Memberikan peluang kepada Mahasiswa
menimba pengalaman untuk berorganisasi
IV. Membina Jaringan di antara SKM & pihak Institusi Pendidikan Tinggi
(UiTM Kelantan)
V. Melahirkan Mahasiswa/wi yang berdaya
saing, berani mengambil risiko, berdisiplin & mempunyai komitmen apabila
terlibat dengan KOSISWA
VI. Mencungkil bakat-bakat kepimpinan
& kreativiti yang sedia ada di dalam diri Mahasiswa/wi UiTM Kelantan
PRINSIP/MOTTO
“A STEP TO THE NEW BUSINESS WORLD”